fbpx

Betul, Allah uji dengan suami – isteri Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF Syukri kembali menjadi perhatian apabila dikecam kerana menggunakan gambar ubat milik orang lain dalam media sosialnya.

PETALING JAYA – Selepas suaminya mendakwa mengalami sakit mental tetapi ‘kantoi’ apabila pendedahan dilakukan hanya sandiwara semata-mata, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Nur Shahida berlapang dada dengan dugaan dikurniakan pasangan hidup sebegitu.

Shahida atau nama sebenarnya, Nur Shahida Mohd. Rashid menerusi satu balasan komen dalam Instagram memaklumkan, Allah lebih mengetahui segala-galanya.

“Betul, Allah uji dengan suami. Tidak mengapa, Dia lebih mengetahui. Ujian orang berbeza-beza kan.

“Dunia ini tempat kita berehat,” demikian coret Nur Shahida, 37, menjawab kenyataan ditinggalkan seorang netizen dalam satu hantaran Instagram.

Terdahulu, Aliff, 35, bertindak mengucapkan selamat tinggal kepada berjuta-juta pengikutnya dalam media sosial.

Sejak beberapa hari lalu, dia kembali mengundang cacian selepas berkongsi sebuah video sedang bergelek dan menari sakan bersama penyanyi dangdut, Baby Shima.

Difahamkan, Aliff berhasrat untuk melancarkan sebuah video muzik single terbaharunya bersama penyanyi itu namun seperti kebiasaan, apa yang dilakukannya mengundang teguran ramai termasuk penceramah bebas, PU Syed dan ibunya sendiri.

Terus menjadi tumpuan apabila lelaki yang popular dengan tagline ‘terlajak laris’ itu berkongsi gambar menunjukkan pil yang kononnya dia ingin mati dengan tenang dan beriman.

Sungguhpun begitu, seorang pengguna Twitter mendakwa foto yang dimuat naik Aliff itu merupakan gambar lama miliknya yang pernah dikongsi kepada umum dua tahun lalu.

“Itu ke gambar pil yang Aliff Syukri upload (muat naik)? Kalau betul, aku boleh pastikan yang dia tengah bodohkan satu Malaysia. Itu gambar ubat-ubat yang aku muat naik tahun 2020,” ciap pengguna Twitter itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI