fbpx

Usahawan mengaku tidak bersalah tipu RM1, 895,020 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENG Leong (tengah) diiringi dua angggota polis di Mahkamah Sesyen George Town di sini hari ini. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Seorang usahawan dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas lapan pertuduhan menipu seorang pengarah syarikat tembakau sehingga menyebabkan kerugian RM1,895,020 juta tiga tahun lalu.

Tertuduh, Chan Eng Leong, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohammad Khalid Abdul Karim dan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga cahaya mata itu didakwa telah menipu seorang pengarah sebuah syarikat tembakau dengan memperdayakan lelaki berusia 39 tahun itu untuk menyelesaikan kes cukai rokok dengan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Eksais Diraja Malaysia.

Tertuduh didakwa telah mendorong pengadu terbabit memindahkan saham syarikat dengan jumlah kesemuanya bernilai RM1,895,020 kepada syarikat miliknya di lokasi sama iaitu di No. 29, Green Hall di sini antara April, Jun dan Ogos 2019.

Tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika disabit bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahrezal Mohd. Shukri, Chew Qi Wei, Teh Li Siew dan Mohamad Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam R.S.N Rayer dan Arvend Rajan.

Terdahulu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim mahkamah terbabit memutuskan wang jaminan dengan jumlah keseluruhannya sebanyak RM230,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 September depan sebagai sebutan semula kes.

Tertuduh kemudian dibenarkan membayar setengah daripada wang jaminan yang dikenakan terhadapnya hari ini dan bakinya pada Isnin ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI