fbpx

Lelaki ditemui mati dengan kesan tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat (belakang) yang ditemui dengan kesan tembakan di Taman Alam Jaya Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki ditemui mati terkena tembakan di Taman Alam Jaya Selangor, di sini, hari ini.

Mayat mangsa warga tempatan berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap atas jalan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian tembakan, kira-kira pukul pukul 11.40 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati lokasi itu merupakan deretan rumah kedai satu tingkat.

“Lelaki itu ditemukan tertiarap dan sebuah motosikal Yamaha LC135 dipercayai ditunggang mangsa turut berada di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan turut menemukan beberapa kesan tembakan pada tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI