fbpx

Dua maut rempuh treler, hanya rakan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismu Azam menunjukkan gambar adiknya, Anis Anisha yang maut dalam kemalangan di KM103 Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Petani pada malam kelmarin.

SIK – Dua mangsa yang maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang treler di Kilometer 103, Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Petani dekat sini kelmarin bukan pasangan tunang, sebaliknya hanya rakan sekerja.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 malam itu, Anis Anisha Md. Ishak, 22, maut di lokasi kejadian manakala rakannya, Mohamad Fadhil Zil Ikram Mohamad Tarmizi, 19, pula meninggal dunia lima jam kemudian di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani.

Menurut abang Anis Anisha, Ismu Azam Md. Ishak, dia terpaksa menjelaskan status sebenar adik keempatnya itu kerana tidak mahu disalah anggap tentang hubungan arwah dengan Mohamad Fadhil Zil Ikram.

“Kami menafikan hubungan mereka sebagai pasangan tunang kerana mereka baru berkawan sejak Mohamad Fadhil bekerja di tempat sama di Bayan Lepas, Pulau Pinang kira-kira sebulan lalu.

“Tambahan lagi kami sekeluarga masih lagi bersedih kerana kehilangan arwah.

“Kami tidak mahu pelbagai persepsi tidak benar tentang arwah diperkatakan orang ramai,” katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Masjid di Jeneri di sini hari ini.

Kata Sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Alor Setar itu lagi, dia bagi pihak keluarga turut mempersoalkan mengenai prosedur lalu lintas terutama di lorong kecemasan yang membabitkan kenderaan rosak terutama pada waktu malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI