fbpx

COMIX 2022 sasar rekod negara lukis komik 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Animasi Malaysia (Animas) dan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (Pekomik) menganjurkan Ekspo Komik dan Kolektor Tempatan (COMIX 2022) bermula 19 Ogos hingga 21 Ogos 2022 di pusat membeli-belah Summit USJ.

Program yang mendapat sokongan dan kerjasama utama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Selangor, Jabatan Pengajian Politeknik serta Kolej Komuniti Malaysia bakal mengadakan aktiviti melukis komik secara langsung selama 24 jam bagi menempah nama dalam Malaysia Book Of Record.

Animas dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, program yang bakal berlangsung selama tiga hari itu akan diserikan dengan pelbagai pameran pendidikan, naskah komik serta diorama unik hasil karya anak tempatan.

“Turut diadakan pertandingan Busana Adiwira serta pertandingan melukis ‘doodle’ sempena bulan kemerdekaan dan juga pelancaran komik, produk koleksi karya kartun baharu.

“Bagi menyemarak serta menceriakan acara, para pengunjung digalakkan memakai pelbagai busana adiwira samada tempatan mahupun adiwira luar,” katanya.

Lebih menarik, ia diadakan secara terbuka dan percuma kepada orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI