fbpx

Yeri cuba tiru gaya Jennie Blackpink

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNIE (kiri) dan Yeri (kanan).

BERGELAR selebriti zaman ini sememangnya memenatkan mental dan fizikal. Semua gerak-geri dan setiap indi kehidupan mereka sering diperhatikan netizen.

Terbaharu, anggota Red Velvet iaitu Yeri dituduh meniru gaya Jennie Blackpink. Tuduhan tidak berasas tersebut dilakukan seorang YouTuber terkenal bernama Sojang dalam saluran YouTube peribadi miliknya.

Katanya, sejak akhir-akhir ini Yeri sering menggayakan dirinya dengan pakaian dan solekan dramatik yang tidak sesuai dengan imej sendiri, semata-mata mahu kelihatan seperti Jennie.

Tidak berdiam, Yeri kemudiannya menafikan tuduhan tersebut.

“Hello, saya akan hidup seperti yang saya mahukan. Sejujurnya, saya kasihankan orang seperti anda.

“Anda begitu senang membuat duit dengan hanya menjatuhkan dan memfitnah orang lain tanpa usul periksa,” komennya ringkas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI