fbpx

Thailand terima kemasukan Rajapaksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajapaksa yang kini berada di Singapura diterima masuk ke Thailand tanpa visa bagi tempoh 90 hari. - Instagram

BANGKOK – Thailand mengesahkan akan menerima bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa ke negara itu buat sementara waktu, lapor agensi berita United Press International (UPI), kelmarin.

Menurut jurucakap kerajaan, Rajapaksa boleh memasuki negara itu selama 90 hari tanpa memerlukan visa, namun Bangkok memberitahu bahawa kemasukan bekas pemimpinSri Lanka  itu bukan untuk mendapatkan suaka politik.

Rajapaksa,  73,   berada di Singapura sejak meninggalkan negaranya pada Julai lalu.

Beliau bersetuju meletak jawatan di tengah-tengah protes besar-besaran di Sri Lanka yang menyaksikan penunjuk perasaan menyerbu kediaman rasmi Presiden dan Perdana Menteri.

Rajapaksa bersetuju meletak jawatan berkuat kuasa 13 Julai lepas. Beliau tiba di Singapura sehari kemudian.

“Pihak Thailand menerima permintaan bekas Presiden (Rajapaksa)  untuk memasuki Thailand daripada kerajaan semasa Sri Lanka. 

“Pertimbangan kebenaran dibuat berdasarkan hubungan yang terjalin lama dan mesra antara kedua-dua negara.

“Sebagai pemegang pasport diplomatik Sri Lanka, Rajapaksa boleh memasuki Thailand tanpa visa selama 90 hari.

“Perkara itu adalah  mengikut Perjanjian 2013 mengenai Pengecualian Visa antara Thailand dan Sri Lanka. Penginapan sementara disediakan dengan tujuan perjalanan seterusnya. 

“Tiada suaka politik yang dimohon oleh pihak berkenaan” kata jurucakap Kementerian Luar, Tanee Sangrat dalam satu kenyataan di laman Twitter .

Rajapaksa pada mulanya melarikan diri ke Maldives sebelum berlepas ke Singapura, di mana beliau secara rasmi mengemukakan peletakan jawatannya daripada jawatan politik yang dipegangnya sejak 2019.

Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe kemudiannya mengangkat sumpah sebagai pemangku Presiden Sri Lanka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI