fbpx

Lelaki lempar wang sebagai sedekah kepada anak yatim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang daripada lelaki itu berdiri lalu melempar wang kertas ke arah tetamu yang berada di bahagian bawah sambil diiringi oleh alunan muzik. - Instagram/@pekalongani

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki yang dikatakan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dengan cara melempar wang, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan dua lelaki memanjat bumbung sebuah surau. 

Seorang daripada mereka berdiri lalu melempar wang kertas ke arah tetamu yang berada di bahagian bawah sambil diiringi oleh alunan muzik.

Wang-wang yang bertebaran itu kemudian menjadi rebutan sejumlah kanak-kanak yang dikatakan merupakan anak-anak yatim.

Kejadian yang berlaku di Pekalongan Selatan, wilayah Jawa Tengah itu turut disaksikan oleh sekumpulan penduduk tempatan yang turut hadir ke acara menyantuni anak-anak yatim tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat.

“Alangkah baiknya jika diberikan wang itu satu persatu kerana ia dilakukan pada majlis menyantuni anak-anak yatim,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kalau niatnya untuk bersedekah, jangan buat begitu kerana ia dinamakan riak,” kata seorang lagi pengguna. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI