fbpx

Datuk Seri antara 25 ditahan ‘berparti liar’ di banglo Bukit Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri ditahan bersama 24 individu lain dalam satu serbuan di sebuah rumah banglo di Bukit Tinggi di Bentong hari ini.

BENTONG – Seorang lelaki bergelar Datuk Seri antara 25 individu yang ditahan kerana menyertai parti liar di sebuah banglo di Bukit Tinggi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, serbuan kira-kira pukul 1 pagi ke atas banglo yang disewa suspek dibuat hasil maklumat awam.

“Seramai 25 orang ditahan terdiri daripada 15 lelaki dan 10 wanita berusia 18 hingga 64 tahun.

“Polis menemui dan merampas dadah jenis ketamin seberat 2.18 gram dan pil ekstasi seberat 1.43 gram bernilai RM800,” katanya di sini hari ini.

Ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek yang terdiri daripada 17 rakyat tempatan dan lapan warga asing didapati positif methamphetamine.

Menurut Zaiham, kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 14 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Tegas beliau, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi dalam membanteras isu penyalahgunaan dadah.

“Polis merakam terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI