fbpx

Video tular, pemandu Hilux disaman langgar lampu isyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kemalangan dimuat naik di laman sosial media hari ini

PUTRAJAYA – Seorang pemandu kenderaan pikap jenis Toyota Hilux disaman polis kerana bertindak melanggar lampu isyarat hingga menyebabkan kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Saujana, Putrajaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa terlibat sebelum mengenakan tindakan kepada pemandu kenderaan pikap itu.

“Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang di simpang lampu isyarat Jalan P4H, Lebuh Saujana Putrajaya di mana mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi bersama isteri dalam perjalanan dari Singapura ke Putrajaya.

“Apabila lampu isyarat berwarna hijau, kenderaan mangsa yang berada di tengah lorong meneruskan perjalanan sebelum dilanggar secara tiba-tiba oleh kereta Hilux yang datang daripada arah kanan,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan kemalangan itu hanya melibatkan tiga kenderaan sahaja.

Terdahulu, Kosmo! Online memuat naik satu video berdurasi 26 saat memaparkan insiden melibatkan empat kenderaan selepas sebuah kereta pikap melanggar lampu isyarat di Presint 4, Putrajaya semalam.

Akibat rempuhan terbabit, kereta jenis pikap itu dilihat terbalik, namun tiga lagi kenderaan lain dilihat mengalami kerosakkan sederhana. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI