fbpx
MUHAMMAD RAUHAN (kiri) yang bekelana ke India memuji langganan percuma premium Kosmo! Online untuk peserta Liga Fantasi Kosmo!, manakala Muhammad Helmy menyifatkan langganan premium beri manfaat kepada peserta.

Pemenang Liga Fantasi Kosmo! hingga ke negara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG pegawai kerajaan yang bertugas di India, Muhammad Rauhan Taha mungkin agak terkejut apabila menerima beberapa panggilan telefon dari Malaysia, namun bila sudah berangkat serta berbual, akhirnya gelak besar memecah kejanggalan perbualan tersebut.

Rupa-rupanya, Muhammad Rauhan telah dihubungi oleh Kosmo! selepas dia merupakan salah seorang daripada lima pe­ngurus Liga Fantasi Kosmo! yang meraih mata tertinggi dan me­layakannya memenangi hadiah mingguan RM200.

Muhammad Rauhan dengan pasukan Dok Gura FC yang meraih 87 mata nyata teruja menjadi pemenang minggu pertama dan tidak menyangka minatnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) amat berguna dalam permainan Liga Fantasi.

“Saya teruja memenangi ha­diah mingguan ini, namun sasaran saya kekal sama iaitu memburu hadiah utama. Saya menyertai Liga Fantasi Kosmo! sebab banyak hadiah hebat ditawarkan.

“Apabila saya melihat iklan mengenai Liga Fantasi Kosmo! di laman Facebook, saya terus mendaftar dan sanggup bayar RM50 sebab hadiah-hadiahnya sangat menarik untuk dimenangi. Jadi, rugi kalau saya tidak mendaftar,” kata Muhammad Rauhan yang berasal dari Du­ngun, Terengganu semalam.

Muhammad Rauhan memberitahu, dia gembira dengan langkah Kosmo! menyediakan pe­luang langganan premium selama setahun kepada peserta Liga Fantasi kerana anak perantau sepertinya akan sentiasa mendapat berita dari tanah air.

Sementara itu, Muhammad Helmy Hafiz mengakui tidak teragak-agak menyertai Liga Fantasi Kosmo! meskipun kali ini berbayar, namun berbaloi kerana peserta diberi peluang menikmati langganan premium selama setahun secara percuma.

Beliau yang juga seorang guru memberitahu, seorang tenaga pengajar seperti dirinya sentiasa memerlukan maklumat dan be­rita terkini, sekali gus berita daripada Kosmo! akan banyak membantu.

“Sebenarnya, ini kali kedua saya sertai Liga Fantasi Kosmo! dan syukur ini juga kemenangan kedua saya. Mungkin ini permulaan terbaik bagi musim ini.

“Jujur saya katakan, saya menyertai liga ini meskipun berbayar, tapi hadiah-hadiah ditawarkan sangat menarik selain langganan premium yang memberi manfaat.

“Saya berharap Kosmo! akan meneruskan peraduan ini dan mungkin boleh menubuhkan kumpulan Facebook yang khusus dengan peserta-peserta Liga Fantasi Kosmo!,” katanya dari Kuala Kangsar, Perak.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! masih terbuka, jangan terlepas peluang menang hadiah mingguan & gempak dengan klik pautan ini: https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

POPULAR