fbpx
LESTI Kejora mahu dihadiahkan seekor harimau sempena hari jadinya yang ke-23 baru-baru ini.

Hari jadi ke-23, Lesti Kejora nak harimau sebagai hadiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPENA ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada 5 Ogos lalu, penyanyi Lesti Kejora dikatakan telah membuat satu permintaan aneh iaitu seekor harimau sebagai hadiah daripada suaminya, Rizky Billar.

Bagaimanapun, permintaan pelik tersebut ditolak Rizky kerana bimbang dengan keselamatan keluarganya jika membela haiwan buas.

Sebagai ganti, Rizky telah menghadiahkan Lesty sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

“Saya mahukan seekor harimau. Tapi tidak direalisasikan. Tidak mengapalah kerana saya tetap dapat sebuah hadiah yang hebat,” ujar Lesti.

Rizky turut berkongsi rasa syukur kerana dapat membuatkan isteri kesayangannya berasa gembira dengan memenuhi segala kehendak penyanyi dangdut itu.

“Alhamdulillah sebagai suami saya bersyukur dalam memberikan yang terbaik buat isteri. Semoga kamu sentiasa sihat dan gembira,” katanya.

POPULAR