fbpx

Ainul Mardhiah guna ventilator semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul Mardhiah.

PETALING JAYA – Keadaan kesihatan kini yang semakin teruk memaksa Ainul Mardhiah Ahmad Safiudin melakukan semula prosedur yang sama seperti hari pertama dia mengalami jangkitan kuman minggu lalu.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan anaknya terpaksa menggunakan alat ventilator ekoran keadaannya sangat tidak memuaskan ketika ini.

“Hari ini, Ainul di ‘ventilate’ lagi. Keadaan dia sangat tidak memuaskan. Doktor terpaksa buat prosedur yang sama macam hari pertama dia dimasukkan wad sebab kuman minggu lalu.

“Malam tadi Ainul sawan berulang kali. Demam dia tinggi cecah 40 celsius. Saya kira ainul sawan malam tadi lebih daripada 10 kali. Saya tak sanggup tengok dia. Ainul, walid dah rindu ainul,” tulisnya di Facebook.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan Ainul Mardhiah mendapat serangan sawan yang berulang dan dimaklumkan berada dalam keadaan sukar bergerak seakan-akan pasif.

Laporan kesihatan Ainul untuk malam semalam melihatkan keputusan computerized tomography (CT) otak dan ultra bunyi dalam keadaan normal, termasuk otak dan perutnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI