fbpx
SALMAN KHAN

Salman Khan beli kereta kalis peluru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEMI menjaga keselamatan diri dan juga keluarga, pelakon terkenal Bollywood Salman Khan mengambil langkah berjaga-jaga dengan membeli sebuah kereta kalis peluru selepas bapanya, Salim Khan menerima surat ugutan bunuh baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon berusia 56 tahun itu membeli sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser yang berharga sekitar 15 juta rupee (RM850,000).
Kereta berkenaan dikatakan dilengkapi dengan ciri-ciri khas sebagai sebuah kenderaan kalis peluru.

Selain kereta, Salman juga dalam usaha untuk mendapatkan lesen senjata api apabila dilihat hadir ke sebuah balai polis di Mumbai bagi menjalani ujian.

Menurut laporan media tempatan, bapanya menerima sepucuk surat ugutan bunuh ketika beriadah di sebuah taman yang menjadi tempat keluarga berkunjung meluangkan masa.

Dikatakan surat ugutan tersebut yang diterima bapa Salman dikirimkan oleh Lawrance, iaitu kumpulan gengster sama yang menembak mati penyanyi rap terkenal, Sidhu Moosewala pada Mei lalu.

Terdahulu, pelakon yang pernah membintangi filem Bigg Boss itu beberapa kali diancam bunuh sejak 2018 termasuk hampir ditembak pada pertengahan Jun lalu.

POPULAR