fbpx
Tuanku Syed Sirajuddin (tengah) menyampaikan titah pada Majlis Perasmian Persidangan DUN Perlis di Kompleks DUN Negeri, Kangar hari ini. /FOTO IZLIZAN OTHMAN

Raja Perlis seru semua pihak banteras rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru semua pihak supaya membendung dan menghapuskan amalan rasuah di negara ini.

Baginda bertitah, kedudukan indeks rasuah dalam laporan Transparency International 2021 menunjukkan Malaysia jatuh ke tangga 62 berbanding 57 pada tahun 2020 dalam kalangan 180 negara dunia.

“Pada hemat beta, perkara ini wajar dipandang serius dalam menjaga imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam di mata dunia.

“Adalah menjadi tanggungjawab semua memainkan peranan masing-masing untuk membendung dan menghapuskan rasuah dari bumi Malaysia,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke-14 di sini hari ini.

Baginda pada masa sama turut menyeru penjawat awam supaya memainkan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan serta aktif memberi saranan baik dan praktikal kepada kerajaan.

“Beta sedar himpitan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung, justeru kerajaan negeri harus bijak menyusun keutamaan dan agihan sumber terhad.

“Keutamaan harus diberikan kepada program dan projek pembangunan bersifat rakyat-centric, produktif serta memberi manfaat terus kepada rakyat,” titah baginda.

Tambah baginda lagi, pembaziran wajib dielakkan dan ketirisan perlu dibendung. – KOSMO! ONLINE

POPULAR