fbpx
Perkongsian laman Facebook dan portal mengenai kejadian kanak-kanak lelaki mati lemas yang tular di media sosial hari ini

Kes kanak-kanak mati lemas berita lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Polis mengesahkan kejadian seorang kanak-kanak lelaki ditemukan mati lemas di Chemor yang tular sejak petang tadi adalah insiden yang berlaku tiga tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian pada 4 Disember 2019 itu membabitkan kanak-kanak warga Myanmar berusia setahun lima bulan yang dijumpai lemas di Sungai Chemor berdekatan Jambatan Chemor dekat sini.

Katanya, ibu bapa mangsa telah pun ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (pengabaian kanak-kanak).

“Pihak polis telah mengesan satu berita bergambar yang dikongsikan pemilik akaun laman sosial Facebook ‘orang kita press’ yang memetik daripada sumber updateinside.com bertajuk “mana mak ayah dia?”, polis cari waris, orang ramai jumpa budak lelaki didakwa mati lemas.

“Laporan yang mendapat perhatian umum itu merupakan kes lama yang berlaku pada tahun 2019 di mana ibu bapa kanak-kanak itu telah diambil tindakan di bawah Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengitar semula berita-berita lama dengan menularkan maklumat palsu di media sosial.

Sementara itu, perkongsian semula berita bergambar oleh laman portal berkenaan mengundang simpati netizen apabila dikatakan tragedi menimpa kanak-kanak itu akibat kecuaian.

Maklumat yang dikongsi itu juga menyatakan mangsa ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas guni dan tidak terurus kerana lampin pakai buangnya sudah dipenuhi dengan najis. – KOSMO! ONLINE

POPULAR