fbpx

JKNM minta polis siasat doktor rakam pekerja buang air besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Akmal Saleh .

MELAKA – Jabatan Kesihatan negeri Melaka (JKNM) meminta pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh kes pembantu am di sebuah klinik di negeri ini yang mendakwa menjadi mangsa rakaman seksual oleh majikannya, awal bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya bersedia memberikan kerjasama kepada polis bagi memastikan si pelaku menerima hukuman setimpal.

“Dakwaan ini sangat serius dan kita minta pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh tanpa melindungi mana-mana pihak.

“Jika kejadian ini benar-benar berlaku seperti didakwa, satu tindakan tegas pastinya akan dikenakan terhadap pelaku,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, hari ini media melaporkan seorang pembantu am klinik di Melaka berusia 30-an mendakwa telah diganggu secara seksual oleh majikannya yang juga seorang doktor.

Kejadian dikatakan berlaku ketika dia sedang membuang air besar di dalam tandas dan terlihat lelaki tersebut merakam menggunakan telefon bimbitnya.

Mangsa telah memaklumkan kejadian itu kepada suaminya yang kemudian datang memeriksa telefon milik doktor tersebut dan menjumpai video berkaitan.

Doktor berkenaan turut didakwa cuba ‘menutup mulut’ mangsa dengan menawarkannya ganjaran supaya perkara itu diselesaikan tanpa melibatkan siasatan pihak berkuasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI