fbpx
Tiga beranak di hadapankan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini, atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada bulan lalu. - MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Tiga beranak dituduh dera budak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA PILAH – Tiga beranak termasuk seorang bakal penuntut universiti awam (UA) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini atas pertuduhan mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun pada bulan lalu.

Tertuduh, R. Guna Silan, 42; K. Nagamah, 41, dan G. Nisha, 21, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan oleh Jurubahasa Mahkamah dalam Bahasa Tamil dihadapan Hakim Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan bersama, kesemua tertuduh pada 15 Julai sehingga 19 Julai kira-kira pukul 12 tengah hari bertempat di Taman Seri Mahsan, Bandar Seri Jempol sebagai penjaga kepada kanak-kanak berkenaan telah mendera menggunakan rotan, dipukul, ditendang dan disimbah air panas terhadap kanak-kanak berkenaan.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan di seluruh badan iaitu di bahagian dada, belakang badan, kedua-dua belah tangan, kedua-dua belah kaki, kepala dan muka.

Oleh yang demikian, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Norma kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 23 Ogos ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN