fbpx

Satu maut, 35 PATI terselamat bot karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI yang diselamatkan sebelum proses dokumentasi dilakukan pihak berkuasa

KLANG – Seorang maut manakala 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia terselamat selepas bot dinaiki mereka dipercayai karam ketika menyusup masuk di perairan Selangor, semalam.

Kesemua PATI termasuk tujuh wanita dan mayat berkenaan berusia 22 hingga 51 tahun dipercayai terapung selama enam selepas bot mereka karam kira-kira pukul 8 malam sebelum diselamatkan kapal tangki milik syarikat swasta, MV NCC Najem.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya terdahulu telah menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kira-kira pukul 2.23 pagi tadi.

Katanya, Bot Perkasa 36 Maritim Negeri Selangor, bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama bot Pasukan Polis Marin (PPM) diatur gerak ke lokasi untuk operasi menyelamat dan pemindahan dari kapal itu di kedudukan 23 batu nautika barat Pulau Ketam.

“Hasil pemeriksaan terdapat seramai 35 PATI dengan tujuh wanita berserta satu mayat lelaki. Mereka kemudiannya dipindahkan ke aset penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, kedudukan bot penyeludup yang karam belum dipastikan dan masih dalam siasatan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI