fbpx

Sakan bergelek, wanita jatuh berguling dari tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berkenaan memulakan gerakan tarian dengan melentikkan bahagian atas badannya ke luar tingkap kereta. – Will Stewart

MAKHACHKALA, REPUBLIK DAGESTAN – Seorang wanita nyaris maut akibat  terjatuh dari tingkap sebuah kenderaan ketika asyik membuat tarian gelek  di dalam  kenderaan pacuan empat roda yang bergerak,  lapor akhbar The Sun semalam.

Berdasarkan klip video  tular, wanita  Dagestan  yang tidak dikenali itu berdiri di dalam sebuah Mitsubishi Pajero dengan sebahagian badannya terjulur keluar dari tingkap  kenderaan itu.

Dia kemudian memulakan gerakan tarian gelek dengan melentikkan badan, namun terjatuh ke atas jalan raya.

Mangsa jatuh berguling  di atas jalan sebelum bangkit dan cuba masuk kembali ke dalam kenderaan tersebut.  Seorang pemandu lain memberhentikan keretanya dan segera menawarkan bantuan.

Wanita  itu bagaimanapaun dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tarian berbahaya tidak akan membawa kepada perkara baik, terutamanya jika berlaku di atas jalan raya dan anda ialah gadis yang melakukan tarian gelek dengan badan terjulur keluar dari tingkap kereta,” demikian menurut laporan laman berita News Dagestan.

Seorang pengguna media sosial pula memberi komen bahawa penduduk tempatan perlu mempamerkan sikap sederhana dan sopan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI