fbpx

Pelajar SPM gagal boleh ambil peperiksaan ulangan, calon persendirian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelajar yang tidak menduduki Sijl Pelajaran Malaysia (SPM) atau gagal boleh mengambil peperiksaan SPM Ulangan (SPMU) yang dilaksanakan pada setiap tahun.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, selain SPMU, pelajar juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya.

Menurutnya, SPMU menawarkan tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

Jelas Radzi, seramai 10,681 orang calon tidak hadir menduduki peperiksaan manakala, seramai 45,526 orang calon yang tidak layak mendapat sijil SPM ekoran gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya.

“Untuk tahun ini, SPMU akan dilaksanakan pada bulan September. Selain itu, calon juga boleh menduduki peperiksaan SPM sebagai calon persendirian pada tahun-tahun berikutnya.

“Keputusan bagi peperiksaan ini boleh digabungkan dalam satu sijil peperiksaan sahaja melalui perkhidmatan patching sijil peperiksaan SPM,” katanya menerusi pemberitahuan pertanyaan jawab lisan Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan, Senator Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali (BN-UMNO) mengenai jumlah pelajar yang tidak layak mendapat sijil termasuk yang tidak menduduki peperiksaan atau gagal dalam peperiksaan SPM pada 2021 serta tawaran atau peluang yang diberikan oleh Kerajaan terhadap mereka.

Tambah Radzi, calon yang telah memperoleh sijil SPM kali pertama mulai tahun 2009 layak untuk memohon perkhidmatan ini.

“Dengan cara ini, calon masih berpeluang untuk mendapatkan sijil SPM atau memperbaiki keputusan mereka,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI