fbpx

Kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti perubatan tiada perubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham.

PUTRAJAYA- Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti perubatan bagi setiap 100,000 penduduk pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-31 dilaporkan tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kekal sama berbanding ME sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kemasukan pesakit bagi kategori satu dan dua kekal pada 3.8 peratus manakala bagi kategori tiga, empat dan lima kekal pada 3.5 peratus.

“Selain itu, penggunaan katil bukan kritikal pula meningkat sebanyak 2 peratus selain pengisian katil di unit rawataan rapi (ICU) kekal pada jumlah 14 peratus dan di Pusat Kawalan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) turun 2 peratus.

“Peratusan pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat sebanyak 0.1 peratus pada ME 31/2022 berbanding edisi sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, bilangan pesakit yang datang ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) juga menurun sebanyak 1.7 peratus manakala jumlah kes baharu yang menjalani pemantauan di rumah turun sebanyak 1.5 peratus.

“Bilangan kes Covid-19 yang dirujuk CAC ke PKRC dan hospital juga menurun sebanyak 20.9 peratus,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, sebanyak 2,728 kes Covid-19 dilaporkan semalam termasuk dua kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 4,670,577.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,856 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,626,756 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 45,770 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,134 kes.

Sementara itu, sebanyak enam kematian dilaporkan tanpa sebarang kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,026.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,655 setakat ini.

Sebanyak 44,159 kes dikuarantin di rumah, 30 kes di PKRC, 1,529 kes di hospital, 16 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 36 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI