fbpx

Eskayvie aktif jelajah tujuh negeri bulan Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kartika Wati (tengah depan) bersama sebahagian daripada usahawan yang menyertai program Nexus Success Road Tour 2022 di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Eskayvie Sdn. Bhd. (Eskayvie) bakal meneruskan program Nexus Success Road Tour 2022 ke Pahang, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Melaka dan Perak sepanjang bulan Ogos ni sebagai usaha untuk mendekati lebih ramai usahawan berpotensi di seluruh negeri.

Pengasas syarikat, Kartika Wati Mohamed berkata, program tersebut telah berlangsung de­ngan jayanya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini dan ia telah mendapat sambutan menggalakkan daripada usahawan di negeri tersebut.

Program berkenaan adalah susulan daripada kejayaan Nexus Success Convention yang telah berlangsung Jun lalu.

“Selain latihan berterusan yang dijalankan secara online, jelajah ini adalah inisiatif soko­ngan dan bimbingan bagi semua usahawan Nexus seluruh negara untuk dilengkapi dengan ilmu kepemimpinan selain mahir dalam merancang strategi pemasaran yang berkesan.

“Program ini turut terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan ekonomi keluarga dan mengatasi masalah pendapatan isi rumah yang terjejas berikutan keadaan inflasi sekarang.

“Ramai berdepan dengan masalah kewangan berikutan kos sara hidup yang tinggi terutamanya harga barang keperluan asas yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Kartika menerangkan, melalui inisiatif ini, Eskayvie terus komited untuk mencapai misi melahirkan sehingga satu juta usahawan Nexus aktif dan mencipta 50,000 peluang pekerjaan menjelang 2027.

Tambah beliau, buat masa ini, syarikat sudah membantu lebih daripada 10,000 usahawan Ne­xus yang berjaya capai pendapatan empat sehingga enam angka sebulan.

Selain itu, dalam majlis tersebut, syarikat turut melancarkan produk terbaharu yang ­menyokong kesihatan minda orang dewasa iaitu Eskayvie Mindtropic.

Ia adalah vitamin booster minda yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri dan mineral yang dihasilkan dalam bentuk tablet kunyahan berperi­sa tropika yang enak.

Vitamin itu membantu me­nguatkan memori, meningkatkan kualiti tidur serta melegakan tekanan bagi orang dewasa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI