fbpx

EPL: Jasa Aleksandar Mitrovic besar buat Fulham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITROVIC melonjak tinggi untuk menaduk masuk gol pertama Fulham ketika mereka terikat 2-2 menentang Liverpool kelmarin. – AFP

LONDON – Pengendali Fulham, Marco Silva tidak merasakan sumbangan Aleksandar Mitrovic hanya tertumpu kepada dua ja­ringannya ketika mengikat Liver­pool 2-2 di Craven Cottage, kelmarin.

Silva menegaskan beliau cukup mengenali Mitrovic dan sumbangan pemain kebangsaan Serbia itu harus dilihat secara lebih luas dan bukannya terlalu terhad kepada jaringan.

“Saya tahu kualiti yang ada pada Mitro dan sejak musim lalu, saya hanya akan memilih pemain terbaik untuk diturunkan. Mitro miliki profil yang hebat sebagai pemain bola sepak, kami juga cukup yakin terhadapnya, namun ia tidak hanya terhad kepada jaringan.

“Jika ada orang memikirkan Mitro hanya tentang jaringan, lebih baik kamu lupakan. Dia melakukan semuanya untuk pasukan, beri tekanan kepada lawan, bantu pemain tengah dan pertahanan, malah jika dibiarkan sudah pasti dia akan menjaringkan gol.

“Saya perlu ucapkan tahniah kepadanya kerana melakukan kerja tanpa bola. Dia melaksanakan tugasnya dengan baik dan sudah pasti saya gembira apabila dia menjaringkan dua gol,” katanya.

Dalam masa sama Silva nyata gembira apabila Fulham mampu menoktahkan kepulangan semula ke Liga Perdana Inggeris dengan keputusan yang agak cemerlang, mencuri mata daripada kelab lebih berkualiti.

“Liverpool membuktikan sesuatu pada saingan musim lalu, malah mereka mengulangi ketika memenangi Perisai Komuniti. Kami cukup menghormati mereka, tetapi kami juga sedang melaksanakan tugas kami.

“Kami perlu yakin dengan diri sendiri, mengikut perancangan dan cuba pamerkan aksi terbaik sepanjang perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI