fbpx

Barcelona gagal daftar pemain baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESEMUA lima pemain baharu Barcelona masih belum dapat didaftarkan kerana kelab itu gagal memenuhi kriteria FFP La Liga. – TWITTER BARCELONA

BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona masih belum dapat mendaftarkan semua pemain baharu yang mereka tandatangan pada jendela perpindahan kali ini ketika aksi pertama menentang Rayo Vallecano bakal berlangsung 14 Ogos ini.

The Catalans mengeluarkan belanja yang cukup besar pada sesi perpindahan kali ini biarpun menanggung hutang berjumlah £1.16 bilion (RM6.24 bilion) pada 2021.

Mereka dilaporkan mendapat wang untuk menampung perbelanjaan membeli pemain selepas menjual beberapa peratus hak penyiaran televisyen kelab itu kepada Sixth Street Partners membolehkan mereka meraih pula­ngan £268 juta (RM1.44 bilion).

Selain itu, mereka turut menjual 25 peratus pegangan saham dalam Barca Studios yang dilaporkan bernilai £84 juta (RM451.88 juta).

Bagaimanapun, mereka masih tertakluk kepada Peraturan Kewangan Adil (FFP) yang dikenakan oleh La Liga bagi memboleh­kan mereka mendaftarkan para pemain yang dibeli sebelum ini.

Pada jendela kali ini, Barcelona mengeluarkan perbelanjaan besar membawa masuk Robert Lewandowski, Jules Kounde, Raphinha serta mendapatkan Andreas Christensen dan Franck Kessie secara percuma, namun kesemuanya masih gagal didaf­tarkan.

Terbaharu, Barcelona dilaporkan dalam perancangan untuk menjual 25.4 peratus lagi saham mereka dalam Barca Studios untuk membolehkan mereka meraih £84 juta (RM451.88 juta) tambahan bagi mengukuhkan kewangan kelab dan membolehkan pemain berkenaan didaftarkan.

Presiden Barcelona, Joan Laporta mengakui bahawa mereka masih yakin mampu untuk mencari jalan dalam masa terdekat ini bagi memastikan ke­semua bintang baharu mereka mampu beraksi.

“Kami hampir menyelesaikan urusan ini dengan sempurna dan memenuhi segala syarat yang diminta. Kesemua dokumen telah diserahkan dan kami sedang menunggu respons daripada La Liga.

“Sekiranya masih gagal untuk melepasi syarat, kami akan menggunakan beberapa lagi kaedah lain termasuk penjualan saham dalam Barca Studio untuk memastikan semua pemain baharu berkenaan mampu didaf­tarkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI