fbpx

PWM 2022 tarik minat pengunjung ke Plaza Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azura (tengah) bersama 10 finalis PWM 2022 di Plaza Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Plaza Shah Alam kembali aktif menyusun pelbagai program untuk menarik lebih ramai pengunjung ke premis tersebut dan yang popular kini adalah Pertandingan Pencarian Wanita Melayu (PWM) 2022 yang diadakan baru-baru ini.

Pengurus Kanannya, Azura Mokhtar berkata, PWM yang menjadi pilihan wanita Melayu untuk menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing kini berjaya menarik ramai orang berkunjung ke pusat beli-belah tersebut.

“Pertandingan ini sudah tiba ke peringkat separuh akhir dan untuk peringkat akhir, ia bakal berlangsung pada 13 Ogos ini, kami berharap lebih ramai orang akan hadir nanti” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis  pengumuman 10 peserta peringkat Akhir PWM 2022 di sini. 

Azura berharap,  penganjuran pertandingan tesebut diharap dapat  menyemarakkan industri fesyen termasuk yang berkaitan dengan bidang  alat solek, pengurusan acara dan perniagaan barang kemas yang turut menaja hadiah kepada pemenang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI