fbpx

Abd Latif dilepas, bebas tuduhan rasuah RM35.7 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latiff (tengah) bersama anaknya Ahmad Fauzan Hatim (kanan) dan perunding hartanah, Amir Sahriffuddin Abd Raub, dilepas dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi dan anaknya serta perunding hartanah dari pertuduhan rasuah dan penggubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta, lima tahun lalu.

Hakim Kamaruddin Kamsun membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kesemua orang kena tuduh (OKT) iaitu Abd Latif, 55, Amir Sahriffuddin Abd. Raub, 49, dan Ahmad Fauzan, 30.

Abd Latif dan Amir Shariffuddin menghadapi 33 pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 28 (1) (C) Akta SPRM 2009 yang dibaca bersama Seksyen 16(a)(B) akta sama.

Abd Latif turut menghadapi 13 pertuduhan dan masing-masing empat pertuduhan bagi Amir Shariffudfin serta Ahmad Fauzan Hatim dibawah Seksyen 32(8)(c) serta Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001.

Mahkamah turut memerintahkan agar wang jaminan dipulangkan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pengarah I, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Pada 14 Jun 2017, Abd Latif, Ahmad Fauzan dan Amir Shariffuddin didakwa atas 33 pertuduhan rasuah dan empat pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM35.7 juta dan masing-masing mengaku tidak bersalah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI