fbpx

Tiga beranak maut, kenderaan rempuh tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga beranak maut manakala seorang parah ekoran kenderaan pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang malam tadi. - FOTO : IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Tiga beranak maut manakala seorang ahli keluarga parah ekoran kenderaan pacuan empat roda dinaiki dipercayai terbabas sendiri sebelum merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas, Luyang malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11.41 malam itu, pemandu Jimmykal Assam, 44 dan dua anak lelaki dan perempuan berusia belasan tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, seorang lagi anggota keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah dan kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipercayai terbabas sendiri dan melanggar tiang jejambat Jalan Lintas, Luyang.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan lima tahun parah telah dibawa ambulans ke HQE I untuk rawatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan dan keterangan termasuklah butiran dua mangsa akan dikemaskini,” katanya dalam kenyataan media hari ini

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI