fbpx
VARDY meskipun sudah dimamah usia, namun penangannya di depan gawang masih berbisa. - AFP

Muka lama jadi sandaran The Foxes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI yang meramalkan tiada kelainan bakal diserlahkan Leicester City dalam saingan musim baharu kali ini selepas kelab itu mengambil pendekatan berjimat cermat untuk tidak berbelanja pada sesi perpindahan kali ini.

Jika mengambil kira aktiviti pembelian yang dilakukan pencabar lain, skuad The Foxes mungkin berdepan kesukaran untuk cuba menembusi kelompok lapan terbaik.

Walaupun barisan pemain sudah terbiasa dengan corak dipraktikan Brendan Rodgers, penampilan Leicester City kali ini lebih tertumpu kepada tahap kecergasan pemain kerana sering dihimpit isu kecederaan sepanjang musim lalu.

Bagaimanapun, Liga Fantasi Kosmo! yakin Leicester tiada masalah dengan jentera serangan kerana masih miliki bintang sensasinya, Jamie Vardy yang dijangka mampu mengulangi cerita hebat yang pernah dipamerkan ketika menjulang kejuaraan pada 2016.

Cuma kerisauan lebih menjurus kepada aspek kualiti pertahanan untuk mengendalikan bola mati selepas melepaskan 20 gol situasi itu, 17 daripadanya berpunca dari sepakan penjuru.

Pembaca Kosmo! yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

GELARAN
The Foxes

PENGURUS
Brendan Rodgers

PENJAGA GOL
Danny Ward – £4.0, Daniel Iversen – £4.0

PERTAHANAN
Timothy Castagne – £4.5, Çaglar Söyüncü – £4.5, Daniel Amartey – £4.5, Luke Thomas – £4.5, Jonny Evans – £4.5, Ricardo Barbosa Pereira – £4.5, James Justin – £4.5, Wesley Fofana -£4.5, Jannik Vestergaard – £4.0, Ryan Bertrand – £4.0, Lewis Brunt – £4.0,

TENGAH
James Maddison – £8.0, Harvey Barnes – £7.0, Youri Tielemans – £6.5, Kiernan Dewsbury-Hall – £5.0, Wilfred Ndidi – £5.0, Marc Albrighton – £5.0, Boubakary Soumaré – £4.5, Ayoze Pérez – £5.0, Nampalys Mendy – £4.5, Hamza Choudhury – £4.5, Dennis Praet – £4.5

PENYERANG
Jamie Vardy – £9.5, Kelechi Iheanacho – £6.5, Patson Daka – £6.0

POPULAR