fbpx

‘Cukuplah mogok sehari, kita sama-sama cari makan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERNIAGAAN Suraida (kiri) turut terkesan dengan tindakan mogok kumpulan penghantar makanan semalam. FOTO : IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Peniaga makanan di negeri ini semalam masing-masing berdepan situasi berbeza apabila ada yang mendakwa tidak sampai 10 tempahan diterima menerusi aplikasi syarikat penyediaan perkhidmatan penghantaran makanan ekoran tindakan mogok daripada kumpulan ‘rider’.

Malah, ada pula pengusaha gerai makanan mendakwa yang mereka tidak memang tangan menerima tempahan daripada syarikat pengendali itu sejak premis mula dibuka seawal pukul 8 pagi semalam.

Pengusaha gerai Mee Kari Nyonya di Kompleks Makanan Pasar Bayan Baru, Suraida Sahar, 54, berkata, perniagaan yang diusahakannya sejak 2014 itu turut terkesan dipercayai akibat ‘solidariti’ kumpulan penghantar makanan yang dikesan berlaku sejak kelmarin.

Dakwanya, dia hanya menerima kurang 10 daripada tempahan makanan bersup menerusi aplikasi satu syarikat pengendali terbabit berbanding sebelum ini lebih 20 tempahan yang diterima.

“Situasi ini dikesan berlaku sejak semalam (kelmarin) lagi apabila saya langsung tidak menerima sebarang tempahan menerusi perkhidmatan dalam talian tersebut sejak pukul 8.30 pagi hingga 3 petang gerai ditutup. Sebelum ini, ada sahaja (tempahan) masuk sebaik kedai dibuka.

“Hari ini (semalam) ada juga masuk tetapi kurang banyak sehingga perniagaan terkesan 40 peratus. Saya dapat tahu yang depa (kumpulan rider) akan mogok menerusi rakan peniaga lain.

“Harap situasi ini (mogok) berlaku tak lama, cukuplah setakat hari ini (semalam). Kita sama-sama cari rezeki dan bergantung antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha gerai Yahaya Mee Udang, Azizah Ibrahim, 53, pula memberitahu, dia pula langsung tidak terkesan dengan isu berkaitan tindakan kumpulan penghantar makanan sebaliknya tidak menang tangan menerima tempahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI