fbpx

Kerajaan bersedia sebarang kemungkinan PRU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersedia dengan apa sahaja kemungkinan termasuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat sekiranya terdapat parti yang menarik sokongan terhadap kerajaan ketika ini.

Jelas Ismail Sabri, ini kerana sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, mana-mana parti berhak untuk menentukan keputusan sendiri.

“Sekiranya semua pihak bersedia untuk pilihan raya, tiada masalah untuk kerajaan membubarkan Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sekiranya masih belum bersedia dan kerajaan sedia ada kekal, saya akan mempertimbangkan tarikh pilihan raya dengan meneliti isu-isu rakyat terlebih dahulu,” jelasnya selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) di MAEPS Serdang hari ini.

Tambahnya, terserah kepada siapa sahaja untuk membuat sebarang keputusan kerana mana-mana parti boleh buat keputusan sendiri namun, kesan daripada keputusan itu perlu dihadapi.

“Kalau ada tindakan tarik sokongan seterusnya kalau kerajaan itu tumbang, maka pilihan raya perlu dilaksanakan selepas itu.

“Jadi kalau semua bersedia ke arah pilihan raya, maka tiada pilihan untuk kita adakan pilihan raya. Jadi kerajaan sentiasa bersedia dalam apa sahaja keadaan. Kalau bersedia hadapi pilihan raya, maka kita akan adakan pilihan raya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI