fbpx

Dakwa Imam Mahdi muncul pada Hari Arafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUSAT Pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah pimpinan Tuan Habib Shah Firdaus Habib Ahmad yang berpusat di Kampung Jawa, Labu di sini ditutup berkuat kuasa 3 Ogos lalu.

SEREMBAN – Kepercayaan akan berlaku kemunculan Imam Mahdi pada Hari Arafah merupakan antara penyelewengan hukum syarak yang diamalkan pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, dakwaan itu dimaklumkan oleh sebahagian pengikut tarekat berkenaan kepada Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan (JMNS) selepas mereka mula menyedari pengamalan yang dilakukan Habib Shah Firdaus.

Mohd. Yusof berkata, Habib Shah Firdaus kini dipercayai berada di Arab Saudi sejak bulan Mac lalu bersama ratusan pengikutnya bagi menantikan satu ‘peristiwa besar’ iaitu kemunculan Imam Mahdi.

“Antara maklumat yang kami peroleh, Habib Shah Firdaus dikatakan mahu menunggu Hari Arafah iaitu dakwanya satu peristiwa akan berlaku, seolah-olah Imam Mahdi akan muncul dan dia mahu menjadi pengikut Imam Mahdi, mahu berbaiat dengan Imam Mahdi.

“Tiba pada hari Arafah tiada apa-apa yang berlaku, jadi lagi ramai pengikutnya yang pulang ke Malaysia tetapi masih ada lagi kira-kira lebih seratus orang di sana dan tidak mahu pulang,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Arah Kiblat di Stesen Petronas Jalan Seremban-Tampin di sini.

Mohd. Yusod mengulas mengenai tindakan JMNS menutup pusat pengamalan Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah pimpinan Habib Shah yang berpusat di Kampung Jawa, Labu di sini ditutup berkuat kuasa 3 Ogos lalu.

Jelas beliau, pemimpin tarekat itu pada awalnya bersama kira-kira 300 orang pengikutnya dari seluruh negara ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah di sana. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI