fbpx

Aleksandar Mitrovic bintang sandaran Fulham pada Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITROVIC merupakan seorang penyerang berbisa sama ada pada saingan Liga Kejuaraan mahupun EPL kerana sudah terbukti sebelum ini. - AFP

PASUKAN juara Liga Kejua­raan musim lepas, Fulham boleh dikatakan pasukan yang membuat persiapan cukup rapi selain dijangka tidak akan bergelut seperti dua kelab pendatang baharu lain, Bournemouth dan Nottingham Forest.

Berdasarkan statistik, skuad kendalian Marco Silva ini sudah pasti mempertaruhkan ketajaman penyerang antarabangsa Serbia, Aleksandar Mitrovic yang telah meledak 43 gol pada kempen Liga Kejuaraan lalu.

Selain itu, The Cottagers juga menandatangani beberapa pemain baharu seperti Joao Palhinha dari Sporting Lisbon, Andreas Pereira (Manchester United) dan Kevin Mbabu (Wolfsburg) serta bekas penjaga gol Arsenal, Bernd Leno.

Ketiga-tiga pemain baharu ini dijangka membarisi kese­belasan utama dengan barisan kreatif di jentera tengah bakal digalas oleh Palhinha dan Pereira serta tonggak musim lalu, Nathaniel Chalobah.

Namun, mengambil pemain Fulham dianggap berisiko memandangkan pasukan itu se­ring tersingkir setiap kali dinaik­kan pangkat menyertai EPL berdasarkan sejarah lepas.

Pembaca Kosmo! yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

GELARAN: The Cottagers

PENGURUS:
Marco Silva

PENJAGA GOL (Harga Fantasi)
Paulo Gazzaniga £4.0, Marek Rodak £4.5, Bernd Leno £4.5

PERTAHANAN
Tim Ream £4.5, Joe Bryan £4.5, Terence Kongolo £4.0, Tosin Adarabioyo £4.5, Kenny Tete £4.5, Antonee Robinson £4.5, Kevin Mbabu £4.5,

TENGAH
Tom Cairney £5.0, Anthony Knockaert £5.0, Nathaniel Chalobah £4.5, Neeskens Kebano £5.5, Bobby Reid £5.5, Harrison Reed £4.5, Harry Wilson £6.0, Ivan Cavaleiro £5.0, Josh Onomah £4.5, Palhinha £5.0, Andreas Pereira £4.5, Tyrese Francois £4.5

PENYERANG
Aleksandar Mitrovic £6.5, Rodrigo Muniz £5.5, Jay Stansfield £4.5

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI