fbpx

Suspek tular curi motosikal sudah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki berlumuran darah pada bahagian muka dan tangannya bergari selepas disyaki mencuri motosikal di Jalan Patani, George Town.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki yang dilihat berlumuran darah dan dalam keadaan kedua-dua tangan bergari menerusi video tular di media sosial sudahpun ditahan polis Rabu lalu selepas disyaki cuba mencuri sebuah motosikal di Jalan Patani di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komissioner Soffian Santung berkata, hasil semakan mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 9 pagi.

”Satu laporan polis telah dibuat seorang lelaki berumur 25 tahun di Balai Polis Jalan Patani berkaitan motosikalnya yang cuba dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali.

”Berdasarkan siasatan, suspek telah bertindak agresif dan berlaku pergelutan semasa tangkapan dibuat oleh orang awam menyebabkan suspek mengalami kecederaan pada bahagian muka,” katanya dalam kenyataan di sini lewat petang tadi.

Menurutnya, suspek juga dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang disyaki dalam keadaan mabuk telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan awal.

”Suspek yang berusia 37 tahun mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah dan hasil saringan awal air kencing mendapati negatif dadah,” ujarnya.

Terdahulu, video membabitkan lelaki berkenaan yang berlumuran darah pada bahagian muka dan dengan tangan bergari tular di media sosial sejak semalam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI