fbpx

Pelajar perempuan gaduh sebab conteng meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video pergaduhan antara dua pelajar perempuan disyaki berlaku di Stadium Taman Kluang Barat, Kluang, petang semalam.

KLUANG – Dua pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini dipanggil memberi keterangan kepada pihak polis susulan kejadian pergaduhan di Stadium Taman Kluang Barat di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 2.15 petang ketika pelajar terbabit sedang melakukan aktiviti sukan di stadium berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian itu bermotifkan tidak berpuas hati kerana salah seorang daripada mereka menconteng meja di dalam kelas.

“Kejadian tersebut melibatkan dua pelajar perempuan berusia 15 tahun, siasatan awal berpunca daripada rasa tidak puas hati.

“Salah seorang pelajar disyaki menconteng meja belajar dalam kelas pada sebelah pagi membawa kepada pergaduhan di stadium tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, pelajar terbabit kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video berdurasi 40 saat menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan memakai baju sukan bergaduh di Stadium Taman Kluang Barat.

Menerusi rakaman itu, seorang pelajar menjerit menahan kesakitan selepas dipukul dan disepak pelajar lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI