fbpx
THOMPSON akhirnya berjaya meraih pingat emas pertamanya di trek Sukan Komanwel selepas memenangi saingan 100m awal pagi semalam. – AFP

Impian Elaine Thompson di Komanwel tertunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM – Impian Elaine Thompson untuk mejelmakan emas sulung peribadi pada temasya Sukan Komanwel 2022 terlaksana selepas mengungguli acara 100 meter awal pagi semalam.

Pelari Jamaica berusia 30 tahun itu menggunakan pe­ngalamannya dengan cukup baik sekali gus menamatkan saingan dengan catatan 10.95 saat (s) untuk mengatasi pelari tuan rumah, Daryll Neita.

Thompson belum pernah memenangi emas individu di Sukan Komanwel walaupun berjaya mengumpul lima emas di Sukan Olimpik.

Neita yang dijangka mampu menjelmakan emas selepas mencatat rekod peribadi terbaik 10.90s di separuh akhir terpaksa berpuas hari meraih pingat gangsa dengan catatan 11.07s, manakala pingat perak menjadi milik Julien Alfred dari St. Lucia dengan catatan 11.01s.

“Saya cukup gembira dengan kemenangan ini, tetapi pada aksi final tersebut sepatutnya saya mampu melakukan dengan lebih baik. Apapun, saya tetap ber­puas hati dengan gelaran pertama saya di pentas Komanwel ini.

“Saya bermula pada tahun 2014 dalam acara 4×100 meter dan pada 2018 saya sekadar tempat keempat dalam acara 200m. Kini saya meraih emas, saya amat bersyukur,” kata Thompson.

Pada saingan tersebut, Thompson satu-satunya dari­pada trio bintang Jamaica bersaing kali ini selepas juara dunia 200m Sheric­ka Jackson dan juara 100m Shelly-Ann Fraser-Pryce tidak menyertai kejohanan tersebut.
– AGENSI

POPULAR