fbpx
Bilangan kes berhubung penyeludupan rokok di negara ini terus meningkat sehingga memberi kesan kepada peniaga kecil dalam industri tembakau , rokok dan vape. – Gambar hiasan

GEG beri peluang lebih banyak kegiatan penyeludupan rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dasar Penamat Generasi (GEG) dilihat tidak bersifat menyeluruh.

Lebih membimbangkan, ia cuma dapat menyelesaikan isu menghentikan tabiat merokok tetapi masalah sedia ada yang lebih serius berkaitan rokok seludup tidak ditangani dengan baik, demikian menurut tinjauan daripada para pemain dalam industri berkenaan.

Penyelidik pasaran strategik terkemuka, Euromonitor International berpendapat, isu tersebut bakal menjadi lebih serius ekoran peningkatan kadar inflasi sehingga ­menyebabkan perdagangan haram menjadi pilihan bagi mengaut keuntungan dalam tempoh simgkat.

“Malaysia dikenali sebagai pasaran tembakau haram nombor satu di dunia.

“Apa yang dikhuatiri kini adalah dasar GEG itu hanya memenuhi satu matlamat iaitu menghentikan tabiat rokok pada generasi baharu tetapi masalah sedia ada iaitu penyeludupan rokok, tidak diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan tersebut turut disokong kajian bebas sebuah badan pemikir, Datametrics
Research and Information Sdn. Bhd (Dare) yang memaklumkan, GEG bakal mendorong kepada peningkatan nilai saiz pasaran haram yang kini mencecah RM8.7 bilion.

Pengarah Urusan Dare, Pankaj Kumar menjelaskan, larangan menjual rokok tidak akan berhasil dalam mengurangkan kelaziman merokok.

“Langkah ini bukan sahaja akan membawa kepada pe­ningkatan dalam pasaran rokok haram malah menguntungkan sindiket jenayah.

“Hampir enam daripada 10 bungkus rokok yang dijual di Malaysia adalah diseludup.

“Walaupun dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah menetapkan lima pelabuhan utama sebagai titik pemin­dahan untuk perdagangan produk tembakau, namun ia tidak menghentikan aktiviti ­penyeludupan,” jelas Pankaj.

Tambah beliau, undang-undang sedia ada di bawah seliaan KKM seperti amaran kesihatan bergambar, larangan merokok di tempat awam dan merokok di bawah umur telah menemui ke­gagalan dalam pelaksanaannya yang membawa kepada peningkatan rokok seludup. -KOSMO! ONLINE

POPULAR