fbpx
MOHD. HAFIZ mengumpul barangan yang rosak akibat terbakar di luar rumahnya di Kampung Chuai Baru, Rembau. – NOR AINNA HAMZAH

Gas metana mungkin punca api misteri di Rembau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kejadian api misteri yang menyerang tujuh beranak di sebuah rumah di Kampung Chuai Baru, Rembau mungkin berlaku disebabkan pengumpulan gas metana.

Menurut Ketua Program Geo­logi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mohd Rozi Umor, mengikut sudut saintifik, kebakaran biasanya mempunyai faktor pencetus seperti gas metana.

“Mungkin gas metana itu berkumpul atau terkena pakaian sehingga menyebabkan berlaku percikan api sebelum tercetus nya kebakaran.

“Walau bagaimanapun, agak sukar untuk membuktikan ada gas metana di dalam sebuah rumah kecuali kajian secara terperinci dilaksanakan bagi melihat faktor tersebut.

“Hal ini kerana peratusan gas metana boleh diukur iaitu empat peratus bagi menghasilkan percikan kebakaran,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berita berkaitan: Kami sudah penat, api misteri terus menyerang

Beliau memberitahu, selain gas metana, kejadian kebakaran juga boleh dikaitkan dengan unsur mistik.

“Mengikut kawasan berlakunya insiden itu, ia lebih menjurus kepada misteri. Perkara ini lebih sesuai dihurai oleh mereka arif dalam perkara tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, di Rembau, Mohd. Hafiz Hashim, 42, berkata, keluarganya tidak bercadang untuk berpindah meskipun masih buntu dengan kejadian api misteri yang menyerang rumahnya sejak 23 Julai lalu.

Sebahagian barangan yang rosak akibat disambar api misteri hingga mengakibatkan Mohd. Hafiz kerugian RM15,000.

Mohd. Hafiz menaruh harapan yang tinggi agar kejadian kebakaran tersebut reda dan mereka sekeluarga dapat kembali hidup normal seperti biasa.

“Kediaman pusaka inilah rumah kami. Kami sentiasa bersiap sedia memadam api sekiranya terhidu bau asap.

“Semalam (kelmarin) ada yang melawat rumah termasuk pasukan bomba, tetapi tiada apa yang dapat dilakukan jika api me­nyerang kecuali memadamnya.

Berita berkaitan: 20 kali diserang api misteri

“Kejadian ini masih berlaku, Ada sahaja barang di dalam rumah ini yang terbakar. Kami sudah buntu,” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tujuh sekeluarga berdepan insiden api misteri lebih 20 kali sejak 23 Julai lalu.

Perawat Islam Darussyifa, Mohd. Azamil Mohd. Noor, 52, tidak menolak kemungkinan wujud gangguan berupa sihir yang dihadapi keluarga tersebut dan meminta mangsa menunaikan solat serta membaca Yasin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN