fbpx

188 kawasan di Selangor bakal hadapi gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Gangguan bekalan air berjadual bakal berlaku di Selangor melibat 188 kawasan di Wilayah Hulu Selangor bermula  9 Ogos ini.

Perkara ini berlaku susulan Air Selangor akan melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air Sungai Rasa.

Air Selangor dalam kenyataannya berkata, Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di beberapa kawasan di Wilayah Hulu Selangor.

Senarai kawasan yang akan menghadapi gangguan bekalan air.

“Kerja-kerja pembaikan bermula pada pukul 10 pagi, 9 Ogos 2022 dan dijangka akan pulih sepenuhnya pada pukul 1 pagi, 11 Ogos 2022.

“Pengguna dinasihatkan agar menyimpan air secukupnya untuk kegunaan seisi rumah dah pastikan semua bekas simpanan air ditutup,” katanya di dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya.

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual adalah seperti yang dipaparkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI