fbpx

Kapal pertama bawa bijirin Ukraine selamat berlepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota delegasi pemeriksaan memeriksa kargo berisi jagung dari Ukraine di atas kapal Razoni, kelmarin. - AFP

KIEV – Penghantaran pertama bekalan bijirin dari Ukraine sejak pencerobohan Kremlin lima bulan lalu dilaporkan memulakan pelayaran melalui Istanbul, Turkiye, kelmarin.

Pelepasan kapal berisi kontena bijiran itu tertakluk di bawah perjanjian penting yang dipersetujui Russia-Ukraine untuk membantu mengurangkan krisis makanan global akibat perang.

Pelayaran kapal Razoni yang berbendera Sierra Leone dari pelabuhan Laut Hitam Odessa ke Lubnan sedang diperhatikan dengan teliti agar mematuhi perjanjian pertama yang ditandatangani oleh Moscow dan Kiev sejak operasi ketenteraan di Ukraine.

Perjanjian yang dikendalikan oleh Turki dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lepas itu telah menarik balik sekatan tentera laut Russia di bandar Laut Hitam Ukraine dan penetapan syarat untuk berjuta-juta tan gandum dan bijirin lain mula mengalir dari pusat simpanan ke pelabuhan.

Ukraine mengeksport kira-kira separuh daripada minyak bunga matahari yang digunakan di pasaran dunia dan merupakan pembekal bijirin utama.

Penghentian eksportnya yang hampir 100 peratus sejak Februari telah membantu menaikkan harga makanan global dan menjadikan nilai import sangat mahal di beberapa negara termiskin di dunia.

Razoni membawa 26,000 tan jagung melalui koridor yang ditetapkan khas di perairan Laut Hitam sebelum tiba di pinggir utara Selat Bosphorus pada Selasa depan.

Pasukan yang terdiri daripada 20 pemeriksa daripada dua pihak yang bertelagah, PBB beserta Turki memakai topi keledar oren turut menaiki kapal tersebut untuk pemeriksaan mandat sekitar 90 minit.

Laluan kapal itu diawasi oleh pasukan antarabangsa termasuk pegawai dari Russia dan Ukraine di Istanbul.

“Ini menandakan kesimpulan awal untuk melaksanakan perjanjian yang dicapai bulan lepas antara Russia, Turkiye, Ukraine dan PBB,” kata pasukan itu selepas kapal itu diberi pelepasan untuk melalui Istanbul.

Kapal sepanjang 186 meter itu kini bergerak ke Laut Marmara dan Aegean sebelum ia ditetapkan untuk sampai ke pantai Lubnan dalam beberapa hari akan datang.

Kyiv berkata sekurang-kurangnya 16 lagi kapal bijirin sedang menunggu untuk berlepas.

Sementara itu, Turkiye berharap bahawa perjanjian itu dapat membantu membina kepercayaan dan membawa kepada rundingan gencatan senjata yang setakat ini masih menemui jalan buntu.

Presiden Recep Tayyip Erdogan dijangka mendesak rundingan gencatan senjata secara langsung apabila beliau bertemu Vladimir Putin, Jumaat ini.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI