fbpx

HSA kembali pulih selepas banjir kilat, beroperasi sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat yang melanda pekarangan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor pada Selasa lalu.

JOHOR BAHRU – Pengoperasian Hospital Sultanah Aminah di sini telah kembali pulih pada tahap sepenuhnya selepas beberapa kawasannya terjejas akibat banjir kilat yang melanda pusat bandaraya ini, kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, kerja-kerja pembersihan dijalankan bermula pagi semalam dan selesai sepenuhnya dalam tempoh sehari.

Menurut beliau, insiden banjir kilat berkenaan juga tidak melibatkan mana-mana peralatan atau kemudahan hospital yang kritikal.

“Hujan lebat dan banjir kilat semalam telah menjejaskan beberapa kawasan tempat letak kenderaan dan juga kemudahan yang terdapat di tingkat bawah tanah termasuklah tandas dan juga unit lif.

“Namun setelah kerja-kerja pembersihan dan baik pulih dijalankan, semuanya telah beroperasi dan kembali normal,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Selasa lalu, bandar raya ini ditimpa hujan lebat yang bertembung dengan keadaan air pasang menyebabkan beberapa kawasan terjejas akibat banjir kilat.

Dianggarkan lebih daripada 500 buah kenderaan terjejas dalam banjir terbabit dengan kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Ayer Molek berhampiran Wisma Persekutuan menjadi lokasi paling teruk terjejas.

Selain HSA, antara kawasan lain yang turut dinaiki air termasuklah Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan dan Jalan Tun Abdul Razak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI