fbpx

Gagal seleweng 2,000 liter diesel bersubsidi di Bukit Mertajam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang memeriksa sebuah lori yang memuatkan sebuah tangki khas berkapasiti 2500 liter dalam serbuan di Jalan Baru, Bukit Mertajam di sini semalam.

SEBERANG PERAI – Dua lelaki ditahan manakala kira-kira 2,000 liter minyak diesel yang disimpan dalam sebuah tangki khas dirampas dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Jalan Baru, Bukit Mertajam di sini, petang semalam.

Operasi bermula pukul 6 petang itu dijalankan sepasukan Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, A. Mogan berkata, tangkapan ke atas suspek dan rampasan dilakukan hasil risikan serta maklumat yang diperolehi sebelum ini.

Menurutnya, pihaknya terlebih dahulu menjejaki lori jenis Daihatsu berwarna merah dengan muatan seberat dua tan itu dan ternampak suspek sedang mengisi minyak diesel dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil siasatan mendapati, lori tersebut mempunyai satu tangki berkapasiti 2500 liter yang telah diubahsuai dan ditempatkan di belakang kenderaan berkenaan.

“Dua lelaki yang ditahan itu pula terdiri daripada warga tempatan dengan seorang daripadanya merupakan pemandu (lori) dan seorang lagi adalah pembantu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, selain tangki simpanan, turut dirampas dalam serbuan tersebut adalah satu unit motor pam elektrik dan satu unit hos paip dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM17,000.

Kes tersebut akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tambahnya, KPDNHEP Pulau Pinang ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan barang kawalan bersubsidi selain mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI