fbpx

Covid-19: 5,330 kes baharu dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 5,330 kes telah direkodkan semalam dengan 13 kes import berbanding 4,204 kes kelmarin yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,654,852 kes.

Sebanyak 2,245 kes aktif turut dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 46,523 kes.

Berdasarkan data yang dikongsikan laman web CovidNow, sejumlah 3,075 kes sembuh telah dilaporkan semalam dengan jumlah kumulatif pulih daripada Covid-19 kini mencecah 4,610,282 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,054 kes diikuti Kuala Lumpur (1,449), Perak (316), Sabah (277), Negeri Sembilan (227), Pulau Pinang (195), Melaka (169), Kedah (137), Johor (112) dan Sarawak (92).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes harian semalam adalah Putrajaya (81), Kelantan (71), Pahang (66), Terengganu (47), Perlis (24) dan Labuan (11),” demikian data yang dikongsikan laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 11 kematian telah dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,995 dan BID 7,647.

Sebanyak 44,885 kes dikuarantin di rumah, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,560 kes di hospital, 15 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI