fbpx
SEBUAH lori kontena terbabas dan melintang laluan di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar hari ini./ FOTO IHSAN JBPM PERAK

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini sebentar tadi.

Insiden sekitar pukul 1 tengah hari itu menyebabkan kesesakan trafik lebih tiga kilometer apabila laluan ke selatan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laluan ke selatan terpaksa ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan dijalankan.

Katanya, semua kenderaan arah selatan dilencongkan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar melalui Sungai Siput untuk ke Ipoh.

“Keadaan lori kontena yang melintang jalan menyebabkan laluan arah selatan terpaksa ditutup sepenuhnya bagi kerja-kerja pengalihan.

“Anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi membantu melancarkan aliran trafik dengan mengarahkan kenderaan keluar di Plaza Tol Kuala Kangsar untuk menggunakan jalan lama ke Ipoh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 tengah hari memberitahu, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR