fbpx

Tukang sapu didakwa rogol, amang seksual dua beradik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tukang sapu warga Rohingya (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Butterworth di sini hari ini atas dakwaan merogol dan melakukan amang seksual terhadap dua beradik perempuan baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Seorang tukang sapu warga Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas empat pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik perempuan di bawah umur, baru-baru ini.

Tertuduh, Ibrahim Abul Salam, 55, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu ketika dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan pertama iaitu kira-kira pukul 11 pagi pada 24 Julai lalu, tertuduh didapati telah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pertama yang ketika itu berusia 12 tahun enam bulan.

Pertuduhan pertama untuk mangsa kedua pula berlaku sehari kemudian iaitu kira-kira pukul 1 petang apabila tertuduh sekali lagi melakukan amang seksual fizikal terhadap adik mangsa yang ketika itu berusia lapan tahun tiga bulan.

Kedua-dua pertuduhan itu berlaku di lokasi yang sama iaitu di sebuah rumah di Taman Senangin, Perai dalam daerah Seberang Perai Tengah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 14(a), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI