fbpx

Pesawat terhempas : Kru penerbangan sempat lapor kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA.

IPOH – Kru penerbangan pesawat ringan jenis Piper-28 yang terhempas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, di sini malam semalam sempat melaporkan kecemasan pada pukul 8.07 malam sebelum terputus hubungan selepas itu.

Syarikat Penerbangan Bats Aviation Sdn. Bhd. (Bats Aviation) dalam satu kenyataan hari ini melaporkan, enjin pesawat ringan berkenaan dihidupkan pada pukul 7.50 malam sebelum berlepas dari landasan empat 10 minit kemudian.

Bats Aviation juga mengesahkan dua individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan merupakan jurulatih penerbangan syarikat berkenaan.

“Seorang juruterbang maut manakala seorang lagi berada di dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya.

Menurut Bats Aviation insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan polis.

“Punca nahas akan disiasat oleh pihak berkuasa terlibat dan Bats Aviation akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pihak media,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI