fbpx

Pesawat terhempas: Keluarga terkejut arwah baru ziarah dua hari lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fajura dan Juriah (duduk) bertemu ahli keluarga yang hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada arwah Fajim.

SEMENYIH – Allahyarham Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, kali terakhir berjumpa keluarganya pada Ahad lalu ketika menziarahi kakaknya di Bandar Tasik Kesuma, di sini.

Kakak sulungnya, Datuk Fajura Juffa, 54, berkata, dia terkejut dan terkilan mendengar berita kematian arwah kerana baru sahaja berjumpa dengannya dua hari lalu.

Menurutnya, arwah sering menziarahinya kerana ibu mereka, Juriah Shahrudin, 79, turut tinggal bersamanya di situ.

“Hampir setiap minggu dia akan datang melawat kami di sini. Kali terakhir adalah pada Ahad lepas.

“Malam tadi anak sulung arwah menghubungi kami dan memberitahu bapanya (Fajim Juffa) terlibat dalam kemalangan kapal terbang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Fajura berkata, mereka sekeluarga terkejut apabila melihat berita bahawa arwah telah meninggal dunia dalam kejadian terbabit.

“Mengenang keperibadiannya sebagai bekas tentera, saya cukup terkesan kerana beliau sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada keluarga.

“Perwatakannya yang merendah diri dan seorang yang periang juga membuatkan kami semua betul-betul merasai kehilangannya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI