fbpx

Laos halangan terakhir Malaysia ke final – Ridzuan Abu Shah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Malaysia, Mohamad Syahir Abdul Rahman (kiri) bersaing dengan Pathipol Thosaeng dari Thailand pada aksi di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat kelmarin.

UBON RATCHATHANI – Skuad bola sepak negara berdepan tugas getir menentang Laos hari ini dalam usaha melayakkan diri ke final Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Ia selepas pemain utama, Tuan Noor Muqris Tuan Noor Marzuki tidak boleh diturunkan beraksi dalam aksi terakhir liga sepusingan di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu selepas mendapat nasihat daripada doktor.

Penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia itu menerima lima jahitan di bahagian muka dan terpaksa bermalam di hospital selepas dikasari pemain Thailand ketika seri 2-2 kelmarin.

Begitupun, ketua jurulatih bola sepak AUG, Ridzuan Abu Shah tidak gusar dengan situa­si itu kerana beliau sudah mempunyai pemain lain yang boleh menggantikan posisi Tuan Noor Muqris bertemu Laos hari ini.

“Memang ketiadaannya telah menjejaskan perancangan pasukan tetapi saya percaya dengan pemain yang menggantikannya.

“Kita tak boleh ambil mudah cabaran Laos. Apa-apa pun kita perlu elak daripada kalah dan seri sudah cukup. Namun, kita tetap dengan misi untuk menang,” katanya.

Pemain dari Universiti Teknologi Mara, Amirul Fazly Mohd. Zamri dijangka diberikan tanggungjawab mengisi kekosongan yang terpaksa ditinggalkan Tuan Noor Muqris.

Sebagai rekod, dua gol Malaysia ke atas Thailand kelmarin diperoleh menerusi Mohd. Alief Najmi Mohd. Radzi dan Muhammad Zulkarnain Mohd. Nasir.

Bagaimanapun, Thailand bangkit meledak dua gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 menerusi sepakan penalti Kasitinard Sriphirom dan Adunlikhit Saengdaeng yang menyudahkan sepakan per­cuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI