fbpx

Elon Musk mahu bina lapangan terbang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk sehingga kini kerap terbang menggunakan jet peribadi Gulfstream G650 buatan 2015. - Superyacht Fan

AUSTIN, TEXAS – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk  merancang untuk membina sebuah lapangan terbang untuk kegunaan sendiri serta eksekutif  kanan syarikatnya di luar Austin, Texas, lapor portal berita MailOnline.

Pelan dan konsep  lapangan terbang peribadi itu telah siap dengan pembinaannya dikatakan bertempat di timur Austin, dekat Bastrop.

Lokasi sebenar dan tempoh masa pembinaan struktur itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Selain menjadi kemudahan untuk menerbangkan  jet peribadi  Musk dan eksekutif kanan beliau, lapangan terbang itu juga boleh digunakan oleh syarikat  milik bilionair tersebut yang lain.

Tahun lalu,  entiti  yang  dikaitkan dengan sebuah lagi syarikat Musk, Boring Company, telah menguasai tanah seluas 29.5 hektar di barat laut Bastrop.

Ibu pejabatnya juga telah dipindahkan ke Pflugerville, pinggir bandar Austin yang terletak di daerah Travis.

Musk sehingga kini kerap terbang menggunakan jet peribadi Gulfstream G650 buatan 2015, namun beliau dilaporkan telah memesan jet peribadi baharu yang dijangka diperoleh tahun depan.

Musk juga dikatakan cuba meningkatkan pengeluaran di kilangnya berikutan beberapa cabaran berkaitan rangkaian bekalan dan kesan inflasi terhadap bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan kenderaan elektrik Tesla.

Justeru, beliau dilaporkan mungkin akan lebih kerap berulang alik ke Austin. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI