EMPAT tahun lamanya pelakon Sweet Qismina menggenggam impian mahu memiliki lagu sendiri sebelum hasrat tersebut terlerai menerusi peluncuran single debutnya, Namo. Ujar Sweet, ketika itu dia masih tercari-cari material terbaik yang kena dengan jiwanya untuk dijadikan single perdana, sekali gus mencuba nasib bergelar penyanyi selepas sekian lama menjadi pelakon. “Setelah berbincang dengan Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner Music, barulah saya temui lagu terbaik iaitu Namo. “Perancangan mengeluarkan single ini bermula pada November tahun lalu dan……














